Khamis, 29 September 2011

Di Suatu Petang....


Dikala hati merundum kesedihan, gelak tawa juga sudah tidak bermakna, tidak dapat dihapuskan rasa sedih yang membelenggu jiwa... aku bersms dengan adik perempuanku yang bekerja di Kuala Lumpur terasa tenang dan disayangi... hehe, tak kusangka akan menerima teks pesanan ringkas yang bagiku amat bermakna darinya.. adikku tercinta.... di dalam sms berkenaan tertulis ayat seperti di bawah:

"Ya Allah, mengapa wanita sering menangis....?"

Jawabnya : Kerna wanita itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa...

Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya;

Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman;

Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia;

Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang di saat yang lain menyerah;

Ku beri dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun;

Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yang ia sayangi....

Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis, itu kerna KU beri dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru...

"WANITA........, KAMU ISTIMEWA"

Tersentap hatiku tatkala membaca sms kiriman adikku ini, terasa seakan hati ini dibaluti dengan ikatan kasih sayang.. tiada perkataan yang dapat digambarkan...

Apa yang ingin ku katakan disini, tidak kiralah siapa kita sama ada kita kaya, miskin, berpangkat tinggi atau sebagainya, kita tetap tidak sempurna, akan sentiasa ada kekurangan di diri ini, namun kita sebagai hamba Allah, kita boleh berusaha untuk memperbaiki diri, namun jangan dihina atau diperkotak-katikkan kelemahan setiap insan, kerna pernahkah kita meletakkan diri kita di tempatnya sebelum kita membuat sesuatu terhadapnya....

Sampai disini sahaja untuk hari ini, semoga esok akan lebih baik dari hari ini dan hari sebelumnya, maafkan diri ini, jika ada tersilap atau sebagainya kerna aku juga seorang insan yang serba kekurangan....

Salam sayang buat semua.................

Selasa, 27 September 2011


 PETUA 8P
PERKAHWINAN BAHAGIA
Oleh: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood


1)        PUJIAN

      Setiap pasangan perlu memuji antara satu sama lain dalam setiap aspek kehidupan seperti masakan dan penampilan pasangan anda.

2)        PELUKAN

   Hasil daripada kajian ahli psikologi mendapati dengan pelukan dapat memberi semangat dan memberi ketenangan kepada pasangan sepanjang hari.

3)        PENGHARGAAN

      Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. (Tidak perlu hadiah yang mahal-mahal, cukuplah yang dapat membuat pasangan anda rasa terharu dan dihargai)

4)        PERHATIAN

  Kekurangan perhatian boleh menyebabkan pasangan terasa diabaikan.

5)        PERSEFAHAMAN

    Adalah mustahil untuk kita sentiasa memahami sifat atau perangai pasangan kita.  Persefahaman akan dapat dicapai apabila kita dapat duduk berbincang dan sikap tolenrasi antara satu sama lain.

6)        PERGAULAN
     
Pergaulan yang dimaksudkan disini ialah pasangan suami isteri haruslah menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkan daripada melampaui batas.

7)        PERCUTIAN

    Kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukkan dan kehidupan rutin.

8)        PERMOHONAN

  Iaitu berdoa kepada Allah S.W.T. supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Isnin, 26 September 2011

Bekerja Sambil Makan Angin

Assalamualaikum w.b.t.

Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi yang kurasakan sangat menarik dan cantik bentuk muka buminya, kaya dengan kehijauan alam semula jadi serta jauh dari kesibukkan tidak seperti di Kuala Lumpur, terasa tenang dikelilingi dengan alam semula jadi, dan aku yang sememangnya meminati pokok terasa bahagia dikelilingi pokok-pokok besar.

Sempat juga aku mengambil beberapa keping gambar pemandangan dari tingkap bilik hotelku iaitu hotel Bayview Langkawi, harap maaf jika gambarku ini tidak berapa jelas kerna aku hanya menggunakan camera di telefon bimbitku...







Hotel bayview Langkawi memang terbaik, aku sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, bilik yang luas serta sangat selesa, makanan yang dihidangkan juga sangat menyelerakan....


Aku juga sempat melawat Taman Geopark IKIM, menaiki bot menikmati keindahan alam semulajadi....










Dibawah, merupakan gambar sebelum memasuki Gua Kelawar....



Sehingga disini sahaja perkongsianku buat kali ini, semoga ianya sedikit sebanyak dapat menghiburkan anda semua, salam sayang buat semua pembaca yang sudi membaca blog yang tidak seberapa ini.