Khamis, 29 September 2011

Di Suatu Petang....


Dikala hati merundum kesedihan, gelak tawa juga sudah tidak bermakna, tidak dapat dihapuskan rasa sedih yang membelenggu jiwa... aku bersms dengan adik perempuanku yang bekerja di Kuala Lumpur terasa tenang dan disayangi... hehe, tak kusangka akan menerima teks pesanan ringkas yang bagiku amat bermakna darinya.. adikku tercinta.... di dalam sms berkenaan tertulis ayat seperti di bawah:

"Ya Allah, mengapa wanita sering menangis....?"

Jawabnya : Kerna wanita itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa...

Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya;

Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman;

Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia;

Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang di saat yang lain menyerah;

Ku beri dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun;

Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yang ia sayangi....

Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis, itu kerna KU beri dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru...

"WANITA........, KAMU ISTIMEWA"

Tersentap hatiku tatkala membaca sms kiriman adikku ini, terasa seakan hati ini dibaluti dengan ikatan kasih sayang.. tiada perkataan yang dapat digambarkan...

Apa yang ingin ku katakan disini, tidak kiralah siapa kita sama ada kita kaya, miskin, berpangkat tinggi atau sebagainya, kita tetap tidak sempurna, akan sentiasa ada kekurangan di diri ini, namun kita sebagai hamba Allah, kita boleh berusaha untuk memperbaiki diri, namun jangan dihina atau diperkotak-katikkan kelemahan setiap insan, kerna pernahkah kita meletakkan diri kita di tempatnya sebelum kita membuat sesuatu terhadapnya....

Sampai disini sahaja untuk hari ini, semoga esok akan lebih baik dari hari ini dan hari sebelumnya, maafkan diri ini, jika ada tersilap atau sebagainya kerna aku juga seorang insan yang serba kekurangan....

Salam sayang buat semua.................

Selasa, 27 September 2011


 PETUA 8P
PERKAHWINAN BAHAGIA
Oleh: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood


1)        PUJIAN

      Setiap pasangan perlu memuji antara satu sama lain dalam setiap aspek kehidupan seperti masakan dan penampilan pasangan anda.

2)        PELUKAN

   Hasil daripada kajian ahli psikologi mendapati dengan pelukan dapat memberi semangat dan memberi ketenangan kepada pasangan sepanjang hari.

3)        PENGHARGAAN

      Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. (Tidak perlu hadiah yang mahal-mahal, cukuplah yang dapat membuat pasangan anda rasa terharu dan dihargai)

4)        PERHATIAN

  Kekurangan perhatian boleh menyebabkan pasangan terasa diabaikan.

5)        PERSEFAHAMAN

    Adalah mustahil untuk kita sentiasa memahami sifat atau perangai pasangan kita.  Persefahaman akan dapat dicapai apabila kita dapat duduk berbincang dan sikap tolenrasi antara satu sama lain.

6)        PERGAULAN
     
Pergaulan yang dimaksudkan disini ialah pasangan suami isteri haruslah menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkan daripada melampaui batas.

7)        PERCUTIAN

    Kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukkan dan kehidupan rutin.

8)        PERMOHONAN

  Iaitu berdoa kepada Allah S.W.T. supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Isnin, 26 September 2011

Bekerja Sambil Makan Angin

Assalamualaikum w.b.t.

Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi yang kurasakan sangat menarik dan cantik bentuk muka buminya, kaya dengan kehijauan alam semula jadi serta jauh dari kesibukkan tidak seperti di Kuala Lumpur, terasa tenang dikelilingi dengan alam semula jadi, dan aku yang sememangnya meminati pokok terasa bahagia dikelilingi pokok-pokok besar.

Sempat juga aku mengambil beberapa keping gambar pemandangan dari tingkap bilik hotelku iaitu hotel Bayview Langkawi, harap maaf jika gambarku ini tidak berapa jelas kerna aku hanya menggunakan camera di telefon bimbitku...







Hotel bayview Langkawi memang terbaik, aku sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, bilik yang luas serta sangat selesa, makanan yang dihidangkan juga sangat menyelerakan....


Aku juga sempat melawat Taman Geopark IKIM, menaiki bot menikmati keindahan alam semulajadi....










Dibawah, merupakan gambar sebelum memasuki Gua Kelawar....



Sehingga disini sahaja perkongsianku buat kali ini, semoga ianya sedikit sebanyak dapat menghiburkan anda semua, salam sayang buat semua pembaca yang sudi membaca blog yang tidak seberapa ini.

Isnin, 22 Ogos 2011

اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hari ini, kepala ku terasa berserabut, pening, mengantuk semuanya ada tidak terkata, mood untuk bekerja juga semakin berkurangan, ku gagahkan diri untuk tidak terpengsan di pejabat ini.... huhu walau hati sudah nun jauh di kampung....... 


Entah bagaimana persiapan di kampung halaman, terasa rindu pada emak, ayah dan adik-adik, rindu dengan suasana beraya bersama keluarga, bermaaf-maafan di pagi raya, seribu kemanisan yang tersangat berharga akan sentiasa tersemat indah di kotak memoriku. 

Lapan hari lagi umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, terasa sedih dan syahdu la pulak, entah tahun depan, masih sempatkah aku merasai bulan Ramadan. Walaubagaimana pun, aku mendoakan agar setiap ahli keluargaku bahagia dengan kehidupan masing-masing.

Sehingga disini sahaja buat masa ini, salam sayang buat semua.

Rabu, 10 Ogos 2011

Baby Kembar Perempuan

Assalamualaikum w.b.t.

Pada 8/8/2011 jam 1.18 tengah hari di Hospital Putrajaya, seorang rakan sepejabatku telah melahirkan sepasang bayi kembar perempuan yang begitu comel dan mirip dengan rupanya. Walaupun rakanku ini tidak mempunyai sejarah kembar dalam salasiah keluarganya tapi atas kekuasaan Allah S.W.T dikurniakan sepasang bayi kembar yang sihat dan comel.


Baby kembar yang dilahirkan dalam keadaan yang cukup sempurna, baik kesihatannya dan cukup comel ini dilahirkan dalam keadaan normal, bayi pertama yang keluar berbaju purple dengan berat 2.05kg, dan kedua berbaju pink dengan berat 2.2kg.  Pada tanggapanku yang keluar dahulu itulah kakak dan yang sebelumnya itulah adik, malah rakanku juga sependapat denganku.  Akan tetapi ada juga rakan-rakan di pejabatku ini menyatakan bahawa menurut orang lama-lama bahawa baby yang keluar dahulu adalah adik dan yang keluar kemudian dikira sebagai kakak, yang pasti aku sendiri tidak pasti yang mana satu betul.


Aku yang tidak melepaskan peluang untuk mencium si kembar yang sememangnya comel.  Buat semua, doakanlah agar aku dikurniakan cahaya mata yang sihat dan comel seperti pasangan kembar ini. Akhir kata, Buat para ibu anda adalah insan yang paling berharga di dunia ini tanpa kamu maka tiadalah kami di dunia ini.


Isnin, 1 Ogos 2011

Salam Ramadan

Assalamualaikum w.b.t.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, ingin saya mengambil peluang yang ada memohon seribu kemaafan andai ada tersilap kata, terkecilkan hati atau segala bentuk kesilapan.... harap dimaafkan dan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Bulan Mulia.... semoga amalan kita diberkati olehnya InsyaAllah amin.....


Sabda Rasulullah s.a.w.

"Apabila datang bulan Ramadan, dibukakan pintu langit dan ditutupkan pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"

Khamis, 2 Jun 2011

Info Kekeluargaan


    Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri melayan dengan baik maka isteri akan peroleh pahala "JIHAD";
    Wanita yang menyebabkan suaminya menuju ke jalan Allah S.W.T. dan menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih dahulu daripada suaminya;
    Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami akan diizinkan Allah S.W.T. baginya masuk kemana-mana pintu syurga yang dikehendakinya;
    Wanita yang mengurut badan suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, manakala wanita yang memicit suaminya apabila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak;
    Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang akan dipandang Allah S.W.T dengan penuh rahmat;
    Wanita yang meninggal dunia dengan keredaan suaminya akan masuk ke dalam syurga.
Rasulullah S.A.W. bersabda "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, maka dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".